Tuesday, July 28, 2009

Logo Sekolah


WARNA BIRU

Perpaduan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum

WARNA UNGU MUDA

Kecekapan dalam menuntut ilmu pengetahuan

WARNA KUNING

Lambang Negara Malaysia yang berdaulat

WARNA PUTIH

Keikhlasan dalam melakukan segala kerja kebaikan

IKON BULAT

Tanda muafakat dalam melaksanakan segala kerja yang diamanahkan.

IKON ATOM

Melambangkan kemajuan teknologi yang telah dicapai oleh manusia dan negara Malaysia sedang menuju ke arah Negara maju (Wawasan 2020)

IKON BUKU

Kaedah belajar secara kontrosional iaitu melalui pembacaan buku-buku ilmiah tidak boleh diabaikan walaupun wujudnya teknologi maklumat

RANTAI

Hubungan erat di antara ibu bapa, guru-guru, pelajar-pelajar dan masyarakat setempat amnya.

PADI

Setiap usaha, pastikan ia membuahkan hasil yang baik.

MOTTO

Berilmu dan berwawasan.

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 3 (SMK PG3) ini mula dibuka pada hari Isnin bertarikh 6 Januari 2003. Satu majlis penyerahan Watikah Operasi Sekolah Baru telah diadakan di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 (SMKPG2). Penyerahan watikah itu telah disampaikan oleh En. Zais bin Md. Akil selaku Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Pembangunan dan Kemanusian, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Sesi pengajaran dan pembelajaran warga SMK PG3 bermula di SMK PG2. Ketika itu, warga SMK PG3 menumpang pada sesi petang persekolahan di sekolah tersebut dengan diterajui oleh Pn. Noraniza binti Shamsuri selaku penolong kanan satu di bawah bimbingan Pengetua Pembimbing iaitu En. Lim Kim Hok.

Pada mulanya, SMK PG3 hanya beroperasi satu sesi sahaja (2003-2004) dan mulai 2005 hingga sekarang sekolah telah pun beroperasi dengan 2 sesi.