Tuesday, May 25, 2010

PERTANDINGAN PENCERITAAN DIGITAL 2010

Pada 25 Mei 2010, Selasa: Satu Pertandingan Penceritaan Digital telah dilancarkan di SMK Pasir Gudang 3 iaitu "PERTANDINGAN PENCERITAAN DIGITAL 2010" yang dianjurkan oleh Bidang Teknik dan Vokasional. Tempoh pertandingan bermula 25 Mei 2010 - 28 Jun 2010.



Penceritaan merupakan satu teknik pendidikan yang berkesan di dalam mendidik masyarakat sejak sekian lama. Pekembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ict)membolehkan cerita-cerita peribadi dan berunsurkan pengajaran dapat dibuat dalam bentuk digital yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai. Penceritaan digital boleh juga digunakan di sekolah-sekolah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Gabungan cerita melalui gambar, video, animasi, kerja-kerja seni, suara dan muzik diolah secara kreatif menjadikan sesebuah carita itu menarik dan berkesan.

TEMA PERTANDINGAN :
Kategori pelajar : KEHIDUPAN HARMONI 1 MALAYSIA
Kategori guru : Berasaskan bahan-bahan pengajaran di sekolah.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Terbuka kepada para pelajar dan guru SMK Pasir Gudang 3.
2. Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan tidak boleh kumpulan tidak boleh melebihi 3 orang.
3. Panjang cerita digital yang dihasilkan di antara 2 hingga ke 5 minit.
4. Format fail yang dihantar boleh dalam format AVI (Audio Video Interleave) atau MOV (Apple's QuickTime).
5. Penghantaran mesti dalam bentuk CD dan perlu dihantar kepada Cikgu Nor Saliza Binti Abd Sani selewat-lewatnya 28 Jun 2010 (Isnin).
6. Merupakan karya asli peserta dan tidak melanggar mana-mana hakcipta.
7. Hasil karya belum pernah dipertandingkan di mana-mana pertandingan.

Syarat-syarat penuh penyertaan boleh didapati dengan melayari laman sesawang ITU-UUM di alamat: http://www.itu.uum.edu.my/

SESI TAKLIMAT :
Pelajar : 26 Mei 2010 (Rabu) - jam 1.15 petang.
Guru : 1 Jun 2010 (Selasa)- jam 1.15 petang.

0 comments:

Post a Comment