Monday, March 29, 2010

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR DAN MESYUARAT PIBG 2010


Pada 27 Mac 2010; Sabtu : SMK Pasir Gudang 3 telah menjalankan satu majlis iaitu MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR DAN MESYUARAT PIBG yang berlangsung di Dewan SMK Pasir Gudang 3.
Majlis ini berlangsung dengan meriahnya. Majlis ini dilaksanakan untuk memberi penghargaan dan imbuhan kepada para pelajar yang barusaha bersungguh-sungguh bagi meningkatkan kecemerlangan mereka di sekolah tidak mengira apa jua bidang yang diceburi samaada dari segi KURIKULUM, KOKURIKULUM, dan tidak lupa tentang sahsiah pelajar di sekolah.
Selepas itu, satu mesyuarat PIBG telah diadakan bagi membentangkan segala aktiviti PIBG yang telah dijalankan pada tahun lepas.

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD PASIR GUDANG 2010


SMK Pasir Gudang 3 telah mendapat tempat kedua (Naib Johan) bagi Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Pasir Gudang kali ke-6 Tahun 2010 yang berlangsung di Padang SMK Seri Kota Puteri pada 8 hingga 12 Mac 2010. SMKPG3 telah memungut 37 buah pingat iaitu 14 pingat emas, 10 pingat Perak dan 13 pingat Gangsa.
SMKPG3 juga telah mendapat anugerah kategori terbaik LELAKI 18 dan PEREMPUAN 18. Pelajar; Muhammad Nur Syafiq bin Hamidon telah memecah rekod bagi acara 400m L15 dengan catatan 59.1s dan beliau juga dianugerahkan sebagai PESERTA TERBAIK INDIVIDU bagi Lelaki 15 tahun.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Pasir Gudang Kali Ke-6 2010.

Tuesday, March 2, 2010

Selamat Maju Jaya


Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua pelajar yang kini sedang menduduki ujian pertama bagi tahun 2010. ujian ini diadakan selama tiga hari iaitu bermulanya hari Selasa (2/3/2010) hingga Khamis (4/3/2010). Semoga semua pelajar terus berusaha dengan gigih bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang!