Tuesday, May 25, 2010

PERTANDINGAN PENCERITAAN DIGITAL 2010

Pada 25 Mei 2010, Selasa: Satu Pertandingan Penceritaan Digital telah dilancarkan di SMK Pasir Gudang 3 iaitu "PERTANDINGAN PENCERITAAN DIGITAL 2010" yang dianjurkan oleh Bidang Teknik dan Vokasional. Tempoh pertandingan bermula 25 Mei 2010 - 28 Jun 2010.



Penceritaan merupakan satu teknik pendidikan yang berkesan di dalam mendidik masyarakat sejak sekian lama. Pekembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ict)membolehkan cerita-cerita peribadi dan berunsurkan pengajaran dapat dibuat dalam bentuk digital yang boleh dimanfaatkan oleh orang ramai. Penceritaan digital boleh juga digunakan di sekolah-sekolah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Gabungan cerita melalui gambar, video, animasi, kerja-kerja seni, suara dan muzik diolah secara kreatif menjadikan sesebuah carita itu menarik dan berkesan.

TEMA PERTANDINGAN :
Kategori pelajar : KEHIDUPAN HARMONI 1 MALAYSIA
Kategori guru : Berasaskan bahan-bahan pengajaran di sekolah.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Terbuka kepada para pelajar dan guru SMK Pasir Gudang 3.
2. Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan tidak boleh kumpulan tidak boleh melebihi 3 orang.
3. Panjang cerita digital yang dihasilkan di antara 2 hingga ke 5 minit.
4. Format fail yang dihantar boleh dalam format AVI (Audio Video Interleave) atau MOV (Apple's QuickTime).
5. Penghantaran mesti dalam bentuk CD dan perlu dihantar kepada Cikgu Nor Saliza Binti Abd Sani selewat-lewatnya 28 Jun 2010 (Isnin).
6. Merupakan karya asli peserta dan tidak melanggar mana-mana hakcipta.
7. Hasil karya belum pernah dipertandingkan di mana-mana pertandingan.

Syarat-syarat penuh penyertaan boleh didapati dengan melayari laman sesawang ITU-UUM di alamat: http://www.itu.uum.edu.my/

SESI TAKLIMAT :
Pelajar : 26 Mei 2010 (Rabu) - jam 1.15 petang.
Guru : 1 Jun 2010 (Selasa)- jam 1.15 petang.

Friday, May 21, 2010

Bengkel Penceritaan Digital anjuran ITU UUM

Pada 15 & 16 mei 2010, Sabtu dan Ahad: SMK Pasir Gudang 3 telah menerima jemputan untuk menghadiri Bengkel Penceritaan Digital anjuran ITU UUM. Seramai 2 orang pelajar dan seorang guru pengiring telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel tersebut diadakan bagi memberi latihan bagaimana untuk menggunakan aplikasi penceritaan (Movie Maker) dan penyuntingan audio (Audiocity) bagi menghasilkan karya/tayangan pendek. Bengkel ini juga menganjurkan pertandingan yang berakhir pada 15 Julai 2010. Hadiah lumayan menanti pemenang sehingga RM 5000! maka sesiapa yang berminat untuk menyertainya sila hubungi Pn Nor Liana Aniza bt zaini untuk mengetahui syarat pertandingan dan latihan intensif @ sila layari laman http://www.itu.uum.edu.my/. Semua warga SMKPG3 dialu-alukan untuk menyertainya.

Thursday, May 20, 2010

BERSAMA KADET BOMBA SMK PASIR GUDANG 3

Pada 15 Mei 2010 (Sabtu), Kadet Bomba SMK Pasir Gudang 3 telah mendapat jemputan ke SMK Bandar Seri Alam sempena Klinik Kadet Bomba sekolah berkenaan. Guru Penasihat, Cik Lim Tzyy Chyun telah menyampaikan ceramah motivasi bertajuk “Bersama Kadet Bomba SMK Pasir Gudang 3”. Selepas program ini, Kadet Bomba sekolah telah menjadi pasukan jemputan mengadakan persembahan kawad kaki asas dan formasi sempena Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform sekolah tersebut. Pasukan sekolah kita yang diketuai oleh Muhammad Hasbullah B Ahmad Shoberi telah membuat persembahan yang baik dan berjaya. Tahniah, Kadet Bomba!





Tuesday, May 18, 2010

Selamat Maju Jaya!



SMK Pasir Gudang 3 mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar tingkatan 4 & 5 yang sedang menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010. Bagi tingkatan 1,2,3 pula peperiksaan pertengahan tahun akan bermula hari khamis ini iaitu bersamaan 20/05/2010.

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru!

Tanggal 16 Mei 2010 merupakan hari guru 1 Malaysia.semua guru di Malaysia telah menyambut hari yang berbahagia tersebut. Tidak lupa dengan guru-guru di SMK Pasir Gudang 3. Para pelajar SMK Pasir Gudang 3 telah menjalankan satu majlis untuk meraikan guru-guru di SMK Pasir Gudang 3. Majlis ini adalah untuk memberi penghargaan kepada semua guru di SMK Pasir Gudang 3.

SELAMAT HARI GURU! kepada semua guru yang mengajar di SMK Pasir Gudang 3.


Nyanyian Guru-Guru





Sukaneka : Kumpulan Merah



Sukaneka : Kumpulan Oren



Sukaneka : Kumpulan Hijau



Sukaneka : Kumpulan Biru



Posing lagi..sebelum Acara Sukaneka



Cikgu Khairul dengan gitarnya...


A-B-C dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan

Lima enam tujuh delapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belajar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
jadi kengan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Muris silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi

Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak.

Saturday, May 15, 2010

Gotong-Royong Perdana Perayaan Hari Guru 2010

15 MEI 2010, SABTU: SMK Pasir Gudang 3 telah mengadakan GOTONG-ROYONG PERDANA PERAYAAN HARI GURU 2010 untuk membersihkan lagi kawasan sekolah. Gotong-royong ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran ibubapa dan masyarakat setempat.


PENGETUA : Pn Hjh Zawiah bt Md Amin bersama pelajar



YDP PIBG : Hj Arif bersama pelajar



PK HEM: En. Shahalan bin Anuar dan plajar memungut dahan pokok dahan pokok yang telah dipotong oleh Pihak Bomba



PK PETANG : EN MOHAMMAD ALI BIN HARUN bersama taman lanskapnya...



Anggota Bomba juga turut membantu bergotong-royong di SMKPG3



Guru dan pelajar membersihkan kawasan sekolah



Guru, pelajar dan tukang kebun bersama-sama mencantikkan kawasan sekolah



Pelajar membersihkan kawasan belakang sekolah



Pelajar membersihkan kawasan belakang sekolah



Guru dan pelajar mengecat dan menceriakan bangunan pentadbiran sekolah



Pelajar mengecat dan menceriakan sekolah



Pelajar berganding bahu membersihkan kawasan sekolah



Pelajar membersihkan longkang sekolah

Friday, May 14, 2010

Setiap Bulan Minggu Kedua merupakan 'ENGLISH WEEK'

Bermula Jan 2010, setiap bulan minggu kedua merupakan 'ENGLISH WEEK'. Pelbagai aktiviti Bahasa Inggeris telah diadakan di sepanjang 'ENGLISH WEEK' ini. Jadual aktiviti bagi 'English Week' adalah seperti berikut:-
1) IQ Pintar Camp In English Seminar pada 24 Januari 2010.
2) English Week pada 8-12 Mac 2010.
3) IQ Pintar Camp In English pada 17&18 Mac 2010 di Dewan MPPG.
4) 5-9 April 2010 - English Environment.
5) 10-15 Mei 2010 - English Environment.
6) 21-25 Jun 2010 - English Environment.
7) 5-9 Julai 2010 - English Environment.
8) 9-13 April 2010 - English Environment.

Aktiviti-Aktiviti 'English Week' adalah seperti berikut:-
1) Fun Learning In Class
2) Spelling Bee
3) Choral Speaking
4) Public Speaking
5) Mentor Mentee
6) Song Dedicator
7) Let's Learning English Through Movies
8) English Clinic
9) English Camp
10) English Motivator


English Week



English Week



English Week



Choral Speaking



Pemenang English Camp



Pemenang Spelling Bee



Mentor Mentee English Week