Monday, April 12, 2010

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2010

10 APRIL, SABTU: SMK Pasir Gudang 3 telah menjalankan satu program iaitu PROGRAM MAULIDUR RASUL. Program ini bermula pada jam 07:30 pagi hingga 12:00 tgh. Semua pelajar, guru-guru terlibat. Tidak lupa, Pihak PIBG juga turut bersama-sama menjayakan program ini.



Penceramah



Sebelum Perarakan Maulidurasul



Gotong-royong menyediakan makanan.



Guru dan pelajar bergotong-royong menyediakan makanan.

Monday, March 29, 2010

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR DAN MESYUARAT PIBG 2010


Pada 27 Mac 2010; Sabtu : SMK Pasir Gudang 3 telah menjalankan satu majlis iaitu MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR DAN MESYUARAT PIBG yang berlangsung di Dewan SMK Pasir Gudang 3.
Majlis ini berlangsung dengan meriahnya. Majlis ini dilaksanakan untuk memberi penghargaan dan imbuhan kepada para pelajar yang barusaha bersungguh-sungguh bagi meningkatkan kecemerlangan mereka di sekolah tidak mengira apa jua bidang yang diceburi samaada dari segi KURIKULUM, KOKURIKULUM, dan tidak lupa tentang sahsiah pelajar di sekolah.
Selepas itu, satu mesyuarat PIBG telah diadakan bagi membentangkan segala aktiviti PIBG yang telah dijalankan pada tahun lepas.

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD PASIR GUDANG 2010


SMK Pasir Gudang 3 telah mendapat tempat kedua (Naib Johan) bagi Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Pasir Gudang kali ke-6 Tahun 2010 yang berlangsung di Padang SMK Seri Kota Puteri pada 8 hingga 12 Mac 2010. SMKPG3 telah memungut 37 buah pingat iaitu 14 pingat emas, 10 pingat Perak dan 13 pingat Gangsa.
SMKPG3 juga telah mendapat anugerah kategori terbaik LELAKI 18 dan PEREMPUAN 18. Pelajar; Muhammad Nur Syafiq bin Hamidon telah memecah rekod bagi acara 400m L15 dengan catatan 59.1s dan beliau juga dianugerahkan sebagai PESERTA TERBAIK INDIVIDU bagi Lelaki 15 tahun.
Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Pasir Gudang Kali Ke-6 2010.

Tuesday, March 2, 2010

Selamat Maju Jaya


Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua pelajar yang kini sedang menduduki ujian pertama bagi tahun 2010. ujian ini diadakan selama tiga hari iaitu bermulanya hari Selasa (2/3/2010) hingga Khamis (4/3/2010). Semoga semua pelajar terus berusaha dengan gigih bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang!

Monday, February 8, 2010

MAJLIS PERPISAHAN PN. ZAILA

LARIAN MERENTAS DESA TAHUN 2010


Sabtu, 6 Februari 2010 : SMK Pasir Gudang 3 telah melangsungkan satu larian merentas desa bagi tahun 2010. Acara larian ini disertai oleh semua pelajar SMK Pasir Gudang 3yang mewakili rumah sukan masing-masing. Setiap peserta dikehendaki mengumpul 5 kad semakan yang diedarkan di 5 Check Point.
Keputusan acara larian ini ialah Rumah Falsafah telah mendapat mata yang tertinggi dalam acara ini. Mata kedua tertinggi dimenangi oleh Rumah Intelek manakala mata ketiga tertinggi dimenangi oleh Rumah Wawasan dan Rumah Sarjana telah memenangi mata keempat untuk acara larian merentas desa ini.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada PIBG, Pihak Polis serta semua warga SMK Pasir Gudang yang telah sama-sama menjayakan program ini.

Wednesday, February 3, 2010

ACARA SEBELUM SUKAN

Rabu; 3 Februari 2010: SMK Pasir Gudang 3 telah menjalankan ACARA SEBELUM SUKAN 2010 di Padang SMK Pasir Gudang 3.

Tuesday, January 26, 2010

Seminar IQ Pintar


Salam 1 Malaysia!

Ahad; 24/1/2010: SMK Pasir Gudang 3 telah mengadakan Seminar Percuma IQ Pintar kepada para ibu bapa dan pelajar yang berminat.

Seminar ini bertujuan untuk membantu melahirkan pelajar yang pintar dan cemerlang terutamanya pelajar yang akan menghadapi peperiksaan PMR dan SPM tahun ini. Seminar ini telah mendapat sambutan yang sangat hebat daripada para guru dan pelajar. Diucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang memberi kerjasama menjayakan seminar ini.

Bagi sesiapa yang berminat, peluang keemasan masih terbuka!!! Anda belum terlambat. Untuk mengetahui teknik belajar terhebat abad ini! Sila berjumpa dengan PN. MAZLINA BINTI MAT ISA untuk mendapatkan borang pendaftaran. Hubungi pejabat SMKPG3 ditalian 07-2526254. Sekian.

Thursday, January 7, 2010

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH!

Diucapkan selamat kembali ke sekolah untuk sesi 2010 kepada semua guru dan murid SMK Pasir Gudang 3. semoga tahun baru ini membawa kerahmatan dan kejayaan yang lebih gemilang dari sebelumnya. Bagi guru-guru, semoga tabah mengharungi kerenah anak murid demi masa depan mereka.

Friday, January 1, 2010

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2010

Salam 1 Malaysia!

Tanggal 1 Januari 2010, SMK Pasir Gudang 3 telah menjalankan satu Program Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 bagi tahun 2010. Program ini dilaksanakan di Dewan SMK Pasir Gudang 3. Ibubapa dan juga pelajar diminta hadir untuk ke dewan untuk sesi pendaftaran ini. Program dimulakan pada pukul 8.00am hingga 12.15pm. Kerjasama semua pihak amat dihargai. Terima Kasih kepada warga SMK Pasir Gudang 3 yang telah memberi komitmen yang tinggi untuk menjayakan program ini. wslm.

Friday, November 6, 2009

Semakan Keputusan Pertukaran Guru Antara Negeri eGTukar



Berita baik untuk guru-guru. Semakan keputusan permohonan pertukaran guru antara negeri boleh dilakukan sekarang dengan menggunakan Sistem Pertukaran Guru - eGTukar (http://apps.emoe.gov.my/epgo/)