Friday, November 6, 2009

Semakan Keputusan Pertukaran Guru Antara Negeri eGTukar



Berita baik untuk guru-guru. Semakan keputusan permohonan pertukaran guru antara negeri boleh dilakukan sekarang dengan menggunakan Sistem Pertukaran Guru - eGTukar (http://apps.emoe.gov.my/epgo/)

Thursday, October 15, 2009

HAPPY DEEPAVALI


Dikesempatan ini, warga SMKPG3 ingin mengucapkan 'Happy Deepavali' kepada semua yang merayakannya.

Wednesday, October 7, 2009

Saat Gentar..Menjelang peperiksaan PMR


Hari in bermula la perjuangan Form 3 menduduki Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR). Seluruh warga SMKPG3 mengucapkan "SELAMAT BERJAYA" dan mendoakan semua pelajar agar mencapai kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Selamat berjuang Form 3!

Tuesday, October 6, 2009

Ragbi JOHAN lagi!



Pada 15 dan 16 Ogos 2009; Pasukan Ragbi SMK Pasir Gudang 3 telah menyertai Pertandingan Ragbi 7 sebelah bawah 16 tahun Piala Tengku Mahkota Johor yang diadakan di Padang Dataran Bandaraya Johor Bahru. Ini adalah penyertaan kali kedua pasukan SMKPG3 pada kejohanan tersebut. Hasil dari latihan dan disiplin pemain, pasukan ragbi SMK Pasir Gudang 3 telah berjaya menjadi JOHAN keseluruhan bagi kategori bowl dengan mengalahkan beberapa buah sekolah yang menyertai dari seluruh Malaysia dan Singapura. Ini adalah kejuaraan kedua yang berjaya dicapai oleh Pasukan Ragbi SMK Pasir Gudang 3. Pasukan ini dilatih oleh Cikgu Shahril b Mohd Hanif, Pengurus; Cikgu Mohd Radhi b Ismail, Guru Pengiring; Cikgu Mohamed Khairul Nizam b Mohamed Isa dan Cikgu Nagarajan a/l Kupusamy. Diharap semangat, disiplin dan kejayaan yang dicapai ini dapat dikekalkan pada tahun-tahun yang akan datang.

Friday, October 2, 2009

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1430 HIJRAH

Majlis Khatam Al-quran ini adalah untuk menyemarakkan semangat kasih dan celik Al-Quran di hati para pelajar dan guru untuk terus membaca dan menyempurnakan setiap bacaan bermula di bulan Ramadan sehingga akhir hidup dan menjadikan penghayatan ajarannya sebagai keutamaan. Wslm.

Monday, September 28, 2009

SELAMAT HARI RAYA KEPADA WARGA SMKPG3

Tuesday, September 15, 2009

PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK SMK PASIR GUDANG 3

Ahli jawatankuasa Majlis Amanat Ayahanda Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor di SMK Pasir Gudang 3 telah mengadakan PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK untuk para pelajar tingkatan 3 bagi menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Program ini telah diadakan pada hari Isnin 14 September 2009. Aktiviti yang telah dijalankan ialah Audit Akademik Percubaan PMR, Tayangan Video Perutusan Pengarah JPNJ dan Penyerahan Jadual waktu PMR dan Warkah Bonda. wslm.

Friday, September 11, 2009

Ceramah Sempena Nuzul Al-Quran

Tanggal 11 September 2009; ceramah sempena Nuzul Al-Quran telah diadakan di Dataran Kejat, SMK Pasir Gudang 3 bersama guru dan pelajar-pelajar. Ceramah ini telah disampaikan oleh Imam Besar Masjid Politeknik Pasir Gudang.

Friday, September 4, 2009

6 PANDUAN PUASA ORG SOLEH—IMAM AL-GHAZALI



Assalamualaikum.

1-Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat.

2-Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya.

3-Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap
perkataan yang diharamkan dituturkan maka haram juga didengar .

4-Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari perkara yang dilarang dan menahan perut dari perkara-perkara syubhat ketika berbuka.

5-Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan tersebut.

6-Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima oleh Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya, ataupun puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yang
derhaka.

wslm..

Tuesday, September 1, 2009

Selamat Kembali Ke Sekolah



Pada hari ini, semua pelajar telah kembali ke sekolah. Selamat Berpuasa kepada semua warga SMKPG3. Pada hari ini, bermula la 100 hari SPM.

Friday, August 21, 2009

MAJLIS PELANCARAN IHYA RAMADAN

Jumaat, 21 Ogos 2009: Satu Program telah dilaksanakan di SMK Pasir Gudang 3 iaitu PROGRAM IHYA' RAMADAN yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam. Program ini dirasmikan oleh Pengetua, Pn. Hajah Zawiah bt Md Amin.

Objektif program ini adalah untuk mendedahkan pelajar dan guru tentang ibadah-ibadah yang sangat dituntut sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak, meningkatkan kefahaman warga sekolah kelebihan amalan di bulan Ramadan dan memberi maklumat kepada semua pelajar dan guru tentang kesilapan atau amalan yang tidak bertepatan dengan sunnah dalam bulan Ramadhan.

Program ini akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah;

1. Tazkirah Ramadan & Kuiz Pendidikan Islam
2. Klinik Al-Quran
3. Tadabbur Asma' As-Surah & Risalah Bulan Ramadan
4. Ceramah Agama & Nuzul Al-Quran
5. Pertandingan membuat kad ucapan puasa dan raya
6. Program Iftar Jama'e (berbuka Puasa berjemaah) dan Sumbangan anak yatim/fakir
miskin.
7. Majlis Khatam Al-Quran

Sekian, Selamat Berpuasa!

Wednesday, August 19, 2009

HARI KEMERDEKAAN 2009 KE 52


Sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan berlangsung dalam bulan Ramadhan dan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Difahamkan ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan di dalam stadium. Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia

Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.

Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.

Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.


Lirik Lagu 1 Malaysia

Satu Malaysia

Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Satu Malaysia untuk semua
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Bola Sepak (Naib Johan Keseluruhan)


Pada 3-12 Ogos 2009; Pasukan Bola Sepak SMK Pasir Gudang 3 telah menyertai Kejohanan Bola Sepak Lelaki 14 tahun peringkat MSS Daerah Pasir Gudang. Pada tahun ini, pasukan SMK Pasir Gudang 3 telah berjaya meningkatkan prestasi pasukan bola sepak SMKPG3 kategori bawah 14 tahun berbanding tahun lepas. Jika pada tahun lepas pasukan bola sepak SMKPG3 hanya sampai ke peringkat kumpulan, pada tahun ini pasukan SMKPG3 telah berjaya mendapat Naib Johan keseluruhan. Pengurus pasukan ini ialah Cikgu Nagarajan a/l Kupusamy dan pasukan ini dilatih oleh En. Mohamad Ikhwan b Ahmad. Syabas kepada semua pemain dan guru-guru yang terlibat!

JOHAN Ragbi

Pada 17 Ogos 2009 SMK Pasir Gudang 3 telah mendapat JOHAN bagi Kejohanan Ragbi...berita seterusnya akan diupdate..

Monday, August 17, 2009

Peperiksaan Percubaan PMR


Pada tarikh 17 Ogos 2009, bermulanya peperiksaan percubaan PMR bagi para pelajar tingkatan 3.

Youtube Pendidikan


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Program Sekolah

Saturday, August 15, 2009

Persekolahan Ganti Sempena Hari Raya Deepavali Tahun 2009

Dimaklumkan sekolah akan bercuti sempena sambutan perayaan Hari Deepavali yang jatuhnya pada 17 Oktober 2009 (Sabtu). Berikut adalah maklumat tarikh persekolahan ganti yang telah ditetapkan.

Tarikh Cuti : 16 Oktober 2009 (Jumaat)
Tarikh Persekolahan Ganti : Cuti Peristiwa (Tidak Perlu Diganti)

Tarikh Cuti : 19 Oktober 2009 (Isnin)
Tarikh Persekolahan Ganti : 15 Ogos 2009 (Sabtu)
- Ikut Jadual Waktu Hari Isnin
- Sesi pagi : 7.15 pagi hingga 1.10/1.45 petang
- Sesi petang : 1.10 petang hingga 6.45 petang


Sekian, harap maklum. Wsslm.

Tuesday, July 28, 2009

Logo Sekolah


WARNA BIRU

Perpaduan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum

WARNA UNGU MUDA

Kecekapan dalam menuntut ilmu pengetahuan

WARNA KUNING

Lambang Negara Malaysia yang berdaulat

WARNA PUTIH

Keikhlasan dalam melakukan segala kerja kebaikan

IKON BULAT

Tanda muafakat dalam melaksanakan segala kerja yang diamanahkan.

IKON ATOM

Melambangkan kemajuan teknologi yang telah dicapai oleh manusia dan negara Malaysia sedang menuju ke arah Negara maju (Wawasan 2020)

IKON BUKU

Kaedah belajar secara kontrosional iaitu melalui pembacaan buku-buku ilmiah tidak boleh diabaikan walaupun wujudnya teknologi maklumat

RANTAI

Hubungan erat di antara ibu bapa, guru-guru, pelajar-pelajar dan masyarakat setempat amnya.

PADI

Setiap usaha, pastikan ia membuahkan hasil yang baik.

MOTTO

Berilmu dan berwawasan.

Sejarah Sekolah

Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 3 (SMK PG3) ini mula dibuka pada hari Isnin bertarikh 6 Januari 2003. Satu majlis penyerahan Watikah Operasi Sekolah Baru telah diadakan di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Gudang 2 (SMKPG2). Penyerahan watikah itu telah disampaikan oleh En. Zais bin Md. Akil selaku Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Pembangunan dan Kemanusian, Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Sesi pengajaran dan pembelajaran warga SMK PG3 bermula di SMK PG2. Ketika itu, warga SMK PG3 menumpang pada sesi petang persekolahan di sekolah tersebut dengan diterajui oleh Pn. Noraniza binti Shamsuri selaku penolong kanan satu di bawah bimbingan Pengetua Pembimbing iaitu En. Lim Kim Hok.

Pada mulanya, SMK PG3 hanya beroperasi satu sesi sahaja (2003-2004) dan mulai 2005 hingga sekarang sekolah telah pun beroperasi dengan 2 sesi.