Wednesday, August 18, 2010

JAMUAN KFC KADET BOMBA



Jamuan KFC daripada Unit Latihan, Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang telah diadakan pada 10 Ogos 2010 untuk meraikan kemenangan Kadet Bomba SMK Pasir Gudang 3 dalam Pertandingan Kawad Kaki Kategori GO Daerah Pasir Gudang (naib johan).


SMK PASIR GUDANG 3 Juara Ragbi !!!



SMK Pasir Gudang 3 muncul Johan Keseluruhan dalam Kejohanan Ragbi Peringkat Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang yang berlangsung pada 12 Julai 2010 di padang sekolah SMK Pasir Gudang 3.

Pertandingan ini disertai enam sekolah menengah sekitar daerah Pasir Gudang. Antara sekolah yang menyertai pula adalah SMK Pasir Gudang 2 (Tempat Ke-2), SMK Bandar Sri Alam, SMK Dato Penggawa Timur, SMK Taman Mount Austin, SMK Johor Jaya dan SMK Pasir Gudang 3.

Tuesday, August 17, 2010

Didik Cintai alam Sekitar



Smk pasir Gudang 3 didik para pelajar mencintai alam sekitar melalui Pelancaran Taman Inovasi dan Kreative yang bermula sejak Januari tahun ini.

Guru penolong Kanan Petang, Muhammad Ali Harun berkata, pelancaran program tersebut sebagai usaha menyahut sasaran kerajaan sempena tahun inovasi yang melibatkan pelajar dan guru.

Program ini dapat melahirkan perasaan cinta akan keindahan dan memupuk semangat saling membantu serta sikap tanggungjawab dalam usaha menaikkan kawasan lapang tersebut kepada sesuatu yang berfaedah.

Majlis Guru Sarjana Pasir Gudang di SMK Pasir Gudang 3

Thursday, August 12, 2010

Kejayaan Persatuan Kompang SMK Pasir Gudang 3

Sekolah dalam Taman.

Tuesday, August 10, 2010

Persembahan Kadet Bomba sempena Pertandingan Kawad Kecekapan Swasta





Wednesday, August 4, 2010

MAJLIS SOLAT HAJAT

MAKLUMAN:-

SMK Pasir Gudang 3 akan mengadakan Majlis Solat Hajat Perdana seperti berikut:
Tarikh : 5 Ogos 2010 (Khamis)
Masa : 7.15 malam - 9.30 malam
Tempat : Masjid Perjiranan 9

Semua Ibu bapa dan Penjaga Pelajar Tingkatan 3 & 5 dijemput hadir bersama-sama dengan anak ke majlis tersebut.

Kehadiran tuan/puan kami ucapkan terima kasih.

Tuesday, August 3, 2010

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PMR DAN SPM 2010

Kepada para pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 5, kami mengucapkan Selamat menduduki peperiksaan percubaan PMR dan SPM 2010.


Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar-pelajar yang menghadapi peperiksaan dan calon-calon SPM yang menghadapi peperiksaan percubaan SPM.

Semoga Kejayaan Milik Kita Semua!

Tuesday, July 27, 2010



Sistem Smart School Qualification Standards (SSQS)

Aplikasi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di 88 buah sekolah bestari kini aplikasi ini yang telah dibina berasaskan web akan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.

Sila ambil maklum, penarafan aplikasi SSQS Online akan berlangsung dari 19 Julai Jam 10.00 pagi hingga 30 Ogos 2010 Jam 4.00 petang.

Tuesday, July 20, 2010

Minggu Teknik & Vokasional