Friday, November 26, 2010

Multimedia untuk Pelajar SPM 2010

SMK Pasir Gudang 3 ingin mengucapkan "SELAMAT MAJU JAYA" kepada pelajar tingkatan lima yang sedang menduduki Peperiksaan SPM yang bermula pada 23 November 2010 baru ini. "GOOD LUCK!"

Wednesday, November 10, 2010

Lawatan ke Singapura.


Pada 30 Oktober 2010, seramai 56 orang guru, staf serta anak-anak telah menyertai Lawatan ke Singapura . Antara tempat yang dilawati : Jurong Bird Park, Merlion Park, Mustafa Centre dan Sentosa Island. Ahli rombongan berkumpul di sekolah seawal jam 6.30 pagi dan menaiki dua buah bas persiaran dan selamat tiba tiba di Kastam Singapura jam 9.00 pagi. Jadual lawatan agak padat dan kami selamat tiba di SMK Pasir Gudang 3 jam 12.30 malam.

Sunday, October 24, 2010

Program Alam Sekitar dan Kesihatan


23 Oktober 2010, Sabtu : SMK Pasir Gudang 3 bersama Majlis Perbandaran Pasir Gudang telah menjalankan satu program bersama iaitu Program Alam Sekitar dan Kesihatan.

Ini adalah bagi mendukung saranan murni pihak kerajaan supaya semua PBT di Malaysia mengadakan program yang berorientasikan kebersihan, kesihatan, keindahan, dan kemasyarakatan untuk mewujudkan sikap bertanggungjawab dan semangat kerjasama.





Monday, October 4, 2010

Selamat berjuang!



Selamat Maju Jaya diucapkan kepada para pelajar tingkatan 3 yang akan menempuhi Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) 2010 yang akan bermula pada 5 Oktober 2010 hingga 13 Oktober 2010. Pihak sekolah sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak semua. 'study smart and do the best for your exam!' Good Luck!

Tuesday, September 28, 2010

Program 1 Malaysia



Monday, September 27, 2010

Monday, September 20, 2010

Friday, September 10, 2010

SELAMAT HARI RAYA



Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga SMKPG3!

Kini tiba masanya berhari raya
Muslimin dan muslimat sembahyang bersama
Menyembahkan diri pada yang kuasa
Bermaaf dan maafan di antara kita

Sesudah bersembahyang di pagi hari
Menziarah pusara kaum keluarga
Bunga ditabur doa pun dibaca
Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat

Selamat hari raya hari mulia
Dari hati ke hati kutujukan kata
Untuk ayah bonda dan juga keluarga
Putera puteri negara di sempadan sana

Allah Allah Allahu Akbar (2x)

Kepada suaminya yang dikasihi
Maaf zahir dan batin mohon si isteri
Kalau salah terkasar bahasaku
Ampun dan maaf kekanda yang dinda harapkan

Kepada kekasihku yang baik budi
Bimbingan dan panduan selalu diberi
Kalau kusalah silap kau maafkan
Mudah-mudahan kita akan berkekalan

Allah Allah Allahu Akbar (2x)

Saturday, August 28, 2010

PORTAL STANDARD GURU MALAYSIA (SGM) - INSTRUMEN ONLINE

Semua warga pendidik SMK Pasir Gudang 3;
Portal SGM boleh diakses oleh semua guru di Malaysia melalui laman web Bahagian Pendidikan Guru di alamat http://apps.emoe.gov.my/bpg/index.cfm atau terus ke laman web SGM http://apps.emoe.gov.my/bpg/sgm/index.html
Pengguna dikehendaki mendaftar untuk menggunakan 'Instrumen Online' di alamat http://www.moe.gov.my/sgm

Friday, August 27, 2010

MAJLIS IFTAR JAMA'IE

Tarikh : 2 September 2010
Hari : Khamis
Masa : 6.45 - 10.00 malam
Tempat : SMK Pasir Gudang 3


SMK Pasir Gudang akan mengadakan satu majlis Iftar Jama'ie untuk pelajar-pelajar miskin. Objektif program ini ialah untuk mengeratkan lagi ukhuwah antara pelajar dan warga sekolah, bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa serta solat berjemaah.