Friday, November 6, 2009
Semakan Keputusan Pertukaran Guru Antara Negeri eGTukar
Berita baik untuk guru-guru. Semakan keputusan permohonan pertukaran guru antara negeri boleh dilakukan sekarang dengan menggunakan Sistem Pertukaran Guru - eGTukar (http://apps.emoe.gov.my/epgo/)
Thursday, October 15, 2009
Wednesday, October 7, 2009
Saat Gentar..Menjelang peperiksaan PMR
Tuesday, October 6, 2009
Ragbi JOHAN lagi!
Pada 15 dan 16 Ogos 2009; Pasukan Ragbi SMK Pasir Gudang 3 telah menyertai Pertandingan Ragbi 7 sebelah bawah 16 tahun Piala Tengku Mahkota Johor yang diadakan di Padang Dataran Bandaraya Johor Bahru. Ini adalah penyertaan kali kedua pasukan SMKPG3 pada kejohanan tersebut. Hasil dari latihan dan disiplin pemain, pasukan ragbi SMK Pasir Gudang 3 telah berjaya menjadi JOHAN keseluruhan bagi kategori bowl dengan mengalahkan beberapa buah sekolah yang menyertai dari seluruh Malaysia dan Singapura. Ini adalah kejuaraan kedua yang berjaya dicapai oleh Pasukan Ragbi SMK Pasir Gudang 3. Pasukan ini dilatih oleh Cikgu Shahril b Mohd Hanif, Pengurus; Cikgu Mohd Radhi b Ismail, Guru Pengiring; Cikgu Mohamed Khairul Nizam b Mohamed Isa dan Cikgu Nagarajan a/l Kupusamy. Diharap semangat, disiplin dan kejayaan yang dicapai ini dapat dikekalkan pada tahun-tahun yang akan datang.
Friday, October 2, 2009
MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1430 HIJRAH
Monday, September 28, 2009
Tuesday, September 15, 2009
PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK SMK PASIR GUDANG 3
Program ini telah diadakan pada hari Isnin 14 September 2009. Aktiviti yang telah dijalankan ialah Audit Akademik Percubaan PMR, Tayangan Video Perutusan Pengarah JPNJ dan Penyerahan Jadual waktu PMR dan Warkah Bonda. wslm.
Friday, September 11, 2009
Ceramah Sempena Nuzul Al-Quran
Friday, September 4, 2009
6 PANDUAN PUASA ORG SOLEH—IMAM AL-GHAZALI
Assalamualaikum.
1-Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat.
2-Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya.
3-Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap
perkataan yang diharamkan dituturkan maka haram juga didengar .
4-Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari perkara yang dilarang dan menahan perut dari perkara-perkara syubhat ketika berbuka.
5-Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan tersebut.
6-Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima oleh Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya, ataupun puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yang
derhaka.
wslm..
Tuesday, September 1, 2009
Selamat Kembali Ke Sekolah
Friday, August 21, 2009
MAJLIS PELANCARAN IHYA RAMADAN
Objektif program ini adalah untuk mendedahkan pelajar dan guru tentang ibadah-ibadah yang sangat dituntut sepanjang bulan Ramadan Al-Mubarak, meningkatkan kefahaman warga sekolah kelebihan amalan di bulan Ramadan dan memberi maklumat kepada semua pelajar dan guru tentang kesilapan atau amalan yang tidak bertepatan dengan sunnah dalam bulan Ramadhan.
Program ini akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah;
1. Tazkirah Ramadan & Kuiz Pendidikan Islam
2. Klinik Al-Quran
3. Tadabbur Asma' As-Surah & Risalah Bulan Ramadan
4. Ceramah Agama & Nuzul Al-Quran
5. Pertandingan membuat kad ucapan puasa dan raya
6. Program Iftar Jama'e (berbuka Puasa berjemaah) dan Sumbangan anak yatim/fakir
miskin.
7. Majlis Khatam Al-Quran
Sekian, Selamat Berpuasa!
Wednesday, August 19, 2009
HARI KEMERDEKAAN 2009 KE 52
Sambutan Hari Merdeka 2009 kali ini akan berlangsung dalam bulan Ramadhan dan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil. Difahamkan ini adalah pertama kalinya sambutan kemerdekaan peringkat kebangsaan di dalam stadium. Tema hari kemerdekaan ke 52 ialah 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.
Logo Sambutan Kemerdekaan 2009; 1 Malaysia
Logo berbentuk nombor satu dan berlatarbelakangkan Jalur Gemilang serta tulisan Malaysia ini dinamakan 1 Malaysia. Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara iaitu untuk mewujudkan satu masyarakat yang berpadu dan mempunyai semangat cintakan negara berpandukan Perlembagaan Negara dan Rukun Negara.
Ia juga mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu Negara Bangsa.
Sementara itu logo 1 Malaysia ini dilengkapkan dengan lagu khas Satu Malaysia yang telah dicipta oleh Nik Nizam dan Errie Naham dan lirik oleh Lokman Ghani.
Lirik Lagu 1 Malaysia
Satu Malaysia
Berdiri, Teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat, Rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan
Perpaduan, Mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan, Kita bangunkan
Satu Malaysia
Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia
Satu Malaysia untuk semua
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Bola Sepak (Naib Johan Keseluruhan)
Pada 3-12 Ogos 2009; Pasukan Bola Sepak SMK Pasir Gudang 3 telah menyertai Kejohanan Bola Sepak Lelaki 14 tahun peringkat MSS Daerah Pasir Gudang. Pada tahun ini, pasukan SMK Pasir Gudang 3 telah berjaya meningkatkan prestasi pasukan bola sepak SMKPG3 kategori bawah 14 tahun berbanding tahun lepas. Jika pada tahun lepas pasukan bola sepak SMKPG3 hanya sampai ke peringkat kumpulan, pada tahun ini pasukan SMKPG3 telah berjaya mendapat Naib Johan keseluruhan. Pengurus pasukan ini ialah Cikgu Nagarajan a/l Kupusamy dan pasukan ini dilatih oleh En. Mohamad Ikhwan b Ahmad. Syabas kepada semua pemain dan guru-guru yang terlibat!
JOHAN Ragbi
Monday, August 17, 2009
Saturday, August 15, 2009
Persekolahan Ganti Sempena Hari Raya Deepavali Tahun 2009
Tarikh Cuti : 16 Oktober 2009 (Jumaat)
Tarikh Persekolahan Ganti : Cuti Peristiwa (Tidak Perlu Diganti)
Tarikh Cuti : 19 Oktober 2009 (Isnin)
Tarikh Persekolahan Ganti : 15 Ogos 2009 (Sabtu)
- Ikut Jadual Waktu Hari Isnin
- Sesi pagi : 7.15 pagi hingga 1.10/1.45 petang
- Sesi petang : 1.10 petang hingga 6.45 petang
Sekian, harap maklum. Wsslm.
Tuesday, July 28, 2009
Logo Sekolah
WARNA BIRU
Perpaduan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum
WARNA UNGU MUDA
Kecekapan dalam menuntut ilmu pengetahuan
WARNA KUNING
Lambang Negara Malaysia yang berdaulat
WARNA PUTIH
Keikhlasan dalam melakukan segala kerja kebaikan
IKON BULAT
Tanda muafakat dalam melaksanakan segala kerja yang diamanahkan.
IKON ATOM
Melambangkan kemajuan teknologi yang telah dicapai oleh manusia dan negara Malaysia sedang menuju ke arah Negara maju (Wawasan 2020)
IKON BUKU
Kaedah belajar secara kontrosional iaitu melalui pembacaan buku-buku ilmiah tidak boleh diabaikan walaupun wujudnya teknologi maklumat
RANTAI
Hubungan erat di antara ibu bapa, guru-guru, pelajar-pelajar dan masyarakat setempat amnya.
PADI
Setiap usaha, pastikan ia membuahkan hasil yang baik.
MOTTO
Berilmu dan berwawasan.
Sejarah Sekolah
Sesi pengajaran dan pembelajaran warga SMK PG3 bermula di SMK PG2. Ketika itu, warga SMK PG3 menumpang pada sesi petang persekolahan di sekolah tersebut dengan diterajui oleh Pn. Noraniza binti Shamsuri selaku penolong kanan satu di bawah bimbingan Pengetua Pembimbing iaitu En. Lim Kim Hok.
Pada mulanya, SMK PG3 hanya beroperasi satu sesi sahaja (2003-2004) dan mulai 2005 hingga sekarang sekolah telah pun beroperasi dengan 2 sesi.