Friday, May 21, 2010

Bengkel Penceritaan Digital anjuran ITU UUM

Pada 15 & 16 mei 2010, Sabtu dan Ahad: SMK Pasir Gudang 3 telah menerima jemputan untuk menghadiri Bengkel Penceritaan Digital anjuran ITU UUM. Seramai 2 orang pelajar dan seorang guru pengiring telah menghadiri bengkel tersebut. Bengkel tersebut diadakan bagi memberi latihan bagaimana untuk menggunakan aplikasi penceritaan (Movie Maker) dan penyuntingan audio (Audiocity) bagi menghasilkan karya/tayangan pendek. Bengkel ini juga menganjurkan pertandingan yang berakhir pada 15 Julai 2010. Hadiah lumayan menanti pemenang sehingga RM 5000! maka sesiapa yang berminat untuk menyertainya sila hubungi Pn Nor Liana Aniza bt zaini untuk mengetahui syarat pertandingan dan latihan intensif @ sila layari laman http://www.itu.uum.edu.my/. Semua warga SMKPG3 dialu-alukan untuk menyertainya.

0 comments:

Post a Comment