Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru!

Tanggal 16 Mei 2010 merupakan hari guru 1 Malaysia.semua guru di Malaysia telah menyambut hari yang berbahagia tersebut. Tidak lupa dengan guru-guru di SMK Pasir Gudang 3. Para pelajar SMK Pasir Gudang 3 telah menjalankan satu majlis untuk meraikan guru-guru di SMK Pasir Gudang 3. Majlis ini adalah untuk memberi penghargaan kepada semua guru di SMK Pasir Gudang 3.

SELAMAT HARI GURU! kepada semua guru yang mengajar di SMK Pasir Gudang 3.


Nyanyian Guru-Guru





Sukaneka : Kumpulan Merah



Sukaneka : Kumpulan Oren



Sukaneka : Kumpulan Hijau



Sukaneka : Kumpulan Biru



Posing lagi..sebelum Acara Sukaneka



Cikgu Khairul dengan gitarnya...


A-B-C dan alif ba-ta
Satu dua tiga dan empat
Selalu cikgu ajar kita
Ditubi-tubi sampai dapat

Satu dua tiga empat
Lima enam tujuh lapan
Ditubi-tubi sampai dapat
Bila dapat maju ke depan

Lima enam tujuh delapan
Rajin belajar cepat maju
Bila dapat maju ke depan
Terima kasih banyak, Cikgu!

Betik masak lebat di pangkal
Penuh kapal bawa belajar
Baik budi panjang akal
Hormat guru tekun belajar

Manis rasanya buah delima
Masak sebiji di celah daun
Budi guru saya terima
jadi kengan bertahun-tahun

Pohon palma tegak berdiri
Ditanam mari tepi bangunan
Ilmu di dunia terus dicari
Jasa guru dilupa jangan

Waktu malam mencincang halia
Masak cencaru berserai wangi
Muris silam patuh setia
Hormat guru serta disayangi

Pergi memburu ke hutan lama
Dapat rusa di waktu pagi
Kalau ilmu ku dapat sama
Usaha guru ku sanjung tinggi

Pakai baju warna biru
Pergi ke sekolah pukul satu
Murid sentiasa hormatkan guru
Kerana guru pembekal ilmu

Orang haji dari Jeddah
Buah kurma berlambak-lambak
Pekerjaan guru bukanlah mudah
Bagai kerja menolak ombak.

1 comments:

Anonymous said...

ya ala macam budak2 la...
kate cikgu...
nak buat blog tak yahla tunjuk benda merapu..

Post a Comment